Sakit lutut adalah antara sakit sendi yang sering dialami oleh berbagai peringkat umur.
Namun bukan semua sakit lutut itu berpunca dari sebab yang sama.
Antara sebabnya adalah kerana :
- Kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak dan membengkok.
- Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera.
*Kecederaan lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya.
Mengetahui langkah-langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit, bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan.
- Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang.
*Sakit lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif berkerja serta menjaga rumah tangga.
Puncanya adalah dari kepala atau tempurung lutut.
Punca Sakit Lutut
-Tendonitis
Tendonitis ini berlaku apabila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal.
Secara tidak langsung ia akan memberi efek iaitu kesakitan di bahagian tendon.
Aktiviti yang berlebihan itu menyebabkan tendon mengalami radang dan bengkak.
-Kedudukan Kepala Lutut Beralih
Ini berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit dari kedudukkan asal.
Secara tidak langsung ini akan mengalami rasa sakit dan bengkak.
-Osteoarthritis
Lazimnya berlaku dalam kalangan warga emas iaitu berumur 50 tahun ke atas.
-Osgood / Schlatter Disease
Ia merupakan bonjolan yang terjadi di bawah lutut.
Rasa sakit yang dialami mengikut masa.
Ada masa ia akan okay dan ada masa ia akan merasa sakit.
Ia sering terjadi dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan yang berumur 13-14.
Lazimnya berlaku pada remaja yang aktif bersukan seperti sukan bola sepak, basketball dll.
-Medial plica syndrome
Plica merupakan satu lipatan tisu pada sendi lutut.
Apabila sering digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.
-Iliotibial band syndrome
Iliotibial merupakan sejenis tisu yang kukuh terdapat dari pinggul anda ke betis.
Andai ia terlebih digunakan atau wujud masalah-masalah lain ia akan memberi kesan seperti bengkak
lalu berasa sakit di bahagian di sebelah luar lutut.
-Bursitis
Bengkak yang terjadi pada selaput yang mengandungi lendir pelicir .
Ini terjadi apabila sering terjatuh atau kerap digunakan.
-Serpihan tulang (bone chips)
Ini berlaku disebabkan kemalangan.
Lutut seseorang itu boleh berkecai lalu serpihan itu terperangkap diantara ruang sendi.
Ini membei kesan yang sakit dan bengkak.
Sakit sendi ini akan menyukarkan untuk melakukan aktiviti seharian kita. Oleh itu, segeralah mencari penawar untuk merawati sakit sendi ini.
.
Bagaimana Al Jawla dapat membantu ?
Al Jawla di formulasikan daripada 100% ekstrak buah-buahan yang mempunyai nutrisi yang tinggi bagi memulihkan dan menstabilkan segala sakit yang berkaitan sakit SENDI, SARAF DAN OTOT. InsyaAllah dengan Izin Allah.
Apa tunggu lagi? Jangan tunggu sakit yang di alami makin melarat dan makin parah sehingga berlaku komplikasi-komplikasi lain.
Bagaimana untuk mendapatkan Produk Al Jawla yang Hebat ini ?