Gout


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua, Apa Khabar hari ini? Semoga berada di dalam lindungan Allah Yang Maha Penyayang. Hari ini, Noora nak kongsikan tentang penyakit Gout.


Penyakit Gout - Tanda, Rawatan dan Pencengahan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
-Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
-Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
-Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
-Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
-Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
-Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
-Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


TANDA GOUT
-Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
-Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
-Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
-Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
-Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
-Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
-Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

KOMPLIKASI
-Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
-Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
-Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
*Kegemukan
*Darah tinggi
*Hiperlipidemia (Kolesterol)
*Diabetes (kencing manis)

ELAKKAN MAKAN KURANGKAN MAKAN
-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak Ikan bilis, kembung, sardin
-Daging cincang
-kstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
-Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

PENCEGAHAN
-Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
-Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
-Mengelakkan minuman keras Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
-Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
-Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
-Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
-Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
-Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
-Minum banyak air Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan Gout adalah penyakit yang boleh dirawat.
-Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi.
-Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
-Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Makanan yang boleh merendahkan tahap asid urik.
-Sayur-sayuran (Daun Pasli)
-Bijiran Kecil (couscous *makanan arab-drpd gandum, padi)
-Herba
-Produk Tenusu (susu,keju yogurt)
-Kekacang @ Protin Tumbuhan (soya,dal, kuda,hitam,tahu bakar@kukus,
-Cecair ( Air masak sekurngnya 10 gelas)
-Bijirin Penuh
-Bijiran bebas Yis (beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn)
-Buah-buahan dan sayuran (kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato)


Bagaimana Al Jawla dapat membantu ?

Al Jawla di formulasikan daripada 100% ekstrak buah-buahan yang mempunyai nutrisi yang tinggi bagi memulihkan dan menstabilkan segala sakit yang berkaitan sakit SENDI, SARAF DAN OTOT. InsyaAllah dengan Izin Allah.





Ingin maklumat lanjut @ Harga Promosi>>?








No comments:

Post a Comment

Copyright @ 2017 All Rights Reserved By Noora Al Jawla